Waktu Solat

Sunday, July 31, 2011

.:: Tips Kurangkan Lapar & Dahaga ::.

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan tips berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii. Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA : Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"

.:: Putus!!! ::.


KUALA LUMPUR- Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.



Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

# Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006

# Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super

# Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki

# Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.

# Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini

# Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya (Harian Metro)

[HARIAN METRO & MYNEWSHUB]

.:: Hari Berjalan ::.

Puas hari ini aku berjalan.

Mencari ketenangan pada diri.

Pagi-pagi aku dah bangun.

Tetapi rasa kebosanan yang teramat-amat sangat.

Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ke KUANTAN.

Itu sahaja nak beritahu pada semua! >.<

.:: Update Dengan Kelajuan Maksima ::.

Haip!!! Baru kejap tadi update untuk wish pada semua umat muslimin dan muslimat tentang RAMADHAN yang bakal menjelma. Hihihihi

Ini bukan apa. Nak bagi tahu tentang blogger terkenal di UMP ni, APIK!!!

Dia datang dari KL semata-mata nak ambil barang kepunyaan peribadi. Kasi semua tengok la dia tidur kepenatan.

Sian kat dia. Dah la terlepas perhentian Universiti (depan UMP). Terlajak terus ke bandar Kuantan. Sian...Sian...



.:: Betul-betul penat tu. ::.


p/s : Pagi-pagi esok da kene hantar dia ke terminal Kuantan. Dia buat hal lagi! Beli tiket tak naik kat Hentian Universiti (depan UMP)!!!

.:: Bergaban Sudah!!! ::.

Salam buat semua!!! InsyaAllah, maghrib nanti kita semua akan melangkah ke bulan yang sekian lama kita tunggu, bulan RAMADHAN!!!


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan, seribu pengertian, seribu makna buat kita semua.

Semoga kita berkongsi kebaikannya. InsyaAllah.

Terima Kasih atas lawatan anda semua ^__^

Teruskan menyokong blog ni.

Datang lagi ye!


p/s : Sekali lagi blog ini dibiarkan keterlaluan bergaban bersawang dan ber macam-macam ber. Hahahaha.

Monday, July 11, 2011

.:: Re-Test ::.

Tak dapat hupdate lagi.

Fokus untuk retest (special exam).

Tak pasti boleh buat ke tak.

Harap-harap boleh buat.

Soalan tak tahu macam mana.

Tak ada hint.

Doakan semoga dapat jawab ye.


p/s : Macam mana la soalan special exam ni ye. Ada siapa-siapa tahu tak? Huhuhu.

Thursday, July 7, 2011

.:: Futsal + Peluh ::.

Salam semua.

Baru saje lepas main futsal.

Untuk keluarkan peluh.

Maybe penyakit yang datang ini disebabkan sudah sekian lama tidak bersenam.

Itu lah caranya untuk aku hilangkan rasa sakit-sakit dan lemah-lemah dalam diri ini.

Kene selalu bersenam ye semua!!!

.:: ehsan dari google ::.


Lain kali update lagi ye.

InsyaAllah.


p/s : Puas hati dapat main futsal walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

Tuesday, July 5, 2011

.:: Penuh Ubat ::.

Salam semua.

Entry kali ini memang pendek, ringkas dan seringkas-ringkasnya.

Tak dapat nak buat entry yang panjang lebar.

Siang tadi pergi Pusat Kesihatan Pelajar (PKP) di UMP ni.

Ambil ubat-ubatan.

Tak larat dengan batuk dan selsema yang semakin menjadi-jadi kuatnya.

Lain kali update lagi ya.

Badan da semakin lemah, akibat dari ubat batuk yang melampau kuat (Effect).


p/s : Harap semua dapat bersabar dengan entry yang baru ye. Terima kasih semua.

Sunday, July 3, 2011

.:: Lucah ke? ::.

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh dengan pembantu rumahnya. Lalu si suami ingin meleraikan pergaduhan tersebut. Si suami pun bertanya...

Suami : Sayang, kenapa bising-bising ni? apa yang berlaku?

Isteri : Seluar dalam I hilang. Tentu si Sulis (Nama samaran pembantu rumah) yang curi, I beli mahal tu dekat Pavilion.

Suami : Ala, 1 seluar dalam pun nak gaduh-gaduh. Nanti I belikan U seluar dalam baru yang lagi mahal.

Isteri : Bang.. Bukan 1 seluar dalam I yang kena kebas. Tapi 10 helai!

(Si suami terperanjat lalu bertanya kepada pembantu rumahnya)

Suami : Haah! Sulis, kamu ke yang mencuri seluar dalam itu?

(Pembantu rumah pun menjawab)

Pembantu Rumah: Gak pak, saya tidak curik pak, bapak kan tahu saya gak pernah pakai seluar dalam...

Telah diolah semula oleh [BOM321]

KANTOI!!!

p/s : Selingan di pagi hari. Hujung minggu yang ku rasakan banyak sangat kerja. ~.~"

Saturday, July 2, 2011

.:: Tak Larat ::.

Sepatutnya aku post cerita baru untuk tatapan anda semua.

Tapi aku tak larat sangat.

Seleseme (betul ke ejaan aku tu?) semakin menjadi-jadi.

Kepala pun sudah tiong-tiong.

Alamatnya, aku mahu tidur la. Huhuhu.


p/s : Maaf sekali lagi ku pinta. ~.~

.:: Aku Jatuh Cinta ::.

Hai semua. Kembali lagi sekali. Tajuk korang rasa HOT tak? Mesti la kan? Hehehe.

Actually aku jatuh cinta pada si dia ni baru je beberapa hari.

Payah la nak Describe dia ni. Korang layan la page profile DIA ni. Pastu korang bagi tau aku pasal dia ni. Sesuai tak rasa-rasanya dengan aku. Sepadan ke tidak, korang bagi tau jugak k? Thanks sangat-sangat.


p/s : Jangan marah arrrr~~~Link

.:: Lama ::.

Salam semua. Apa khabar? Mesti merindui aku kan? Betul tak? Baik mengaku la. Korang ni. Tak baik menipu tau. Hehehehe. Tak pe la kalau tak rindu. Nak buat macam mana kan. Tak kan la nak paksa memaksa pulak kan?

Maaf lagi sekali la ye. Dah lama tak update blog ni. Maklumlah, bila cuti di rumah, memang tak buat apa-apa la. Balik-balik rumah memang buat kerja lain la. Update status kat FB pun tak selalu. Mengemas rumah, membasuh kereta, main dengan kucing-kucing kesayangan. Memang banyak meninggalkan kesan pada blog aku ni ha. Hehehe.

Hari tu da janji nak cerita masa aku belajar-belajar dulu sampai sekarang ni kan? Nanti aku sambung cerita tu ye. Seperti yang dijanjikan, aku akan tunaikan. InsyaAllah. Post yang baru ni aku nak cerita serba sedikit cerita semalam. Cerita pasal aku pulang ke Kolej Kediaman 4 aku ni ha. Aku pulang menaiki kereta pensyarah UMP (sekarang ni beliau sambung belajar di UKM). Alang-alang beliau nak pulang ke pangkuan keluarga yang tercinta kan, aku pun mengambil peluang la untuk tumpang (padahal malas nak naik bas). Hehehehe.

Semalam kan hari Jumaat, so kami bertolak pulang ke Kuantan jam 3.00 petang dari rumah aku, selepas solat Jumaat. Kami menghala ke Plaza Low-Yat untuk mengambil i-Pad beliau. Pusing punya pusing kat Low-Yat tu, lebih kurang jam 4.30 petang, kami pun keluar lah dari Plaza tersebut untuk pulang ke Kuantan. Semasa dalam perjalanan nak keluar ke tol Gombak tu, MASYAALLAH!!! Jalan sesak dengan teruk seteruk-teruknya (agak-agak ayat tu boleh membuatkan korang-korang terfikir macam mana teruknya kesesakan tersebut).

Lagi 1 perkara yang tidak di ingini berlaku apabila aircond kereta rosak pula. Tiba-tiba jadi panas. Da keluar kan angin semata. Kitorang jadi kelam kabut apabila asap keluar dari bonet depan. Rupa-rupanya memang betul la aircond kereta mengalami kerosakan. Kami ingat kan radiator yang rosak. Masing-masing tak tahu apa-apa tentang kerosakan tersebut. Gila nye kerja. Dah la masa keluar asap tu kitorang sangkut tengah-tengah kesesakan. Memang serabut la fikirkan apa yang perlu dibuat.






Aku sempat shoot beberapa gambar je. Tak banyak sangat. Sebab stress mengenangkan nasib yang menimpa kami. Huhuhuhu.


p/s : Sangat letih dan tak pernah aku tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas sebegitu rupa. ~__~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...