Waktu Solat

Saturday, September 10, 2011

.:: Hangin!!! ::.

Pagi-pagi hujung minggu dah buat aku hangin! Macam mana la tak hangin kan, Duit PTPTN baru je masuk, sepatutnya aku gembira la sebab elaun nak belajar dah masuk, tapi, lain pula jadinya.

Korang semua bayangkan la ye, elaun masuk RM3440.00, untuk 1 semester. Tapi, dipotong sebanyak RM1265. Padahal subjek yang aku ambil sem akan datang hanya 1 subjek je. Pelik kan? Tak kan la yuran kolej melampau tingginya. Gila... Gila... So, sekarang ni, plan aku semuanya tak kene. Macam-macam dalam kepala otak ni aku nak buat untuk elaun yang aku terima. Tapi, dengan elaun yang tinggal ciput tu, aku tak tau la boleh jadi ke tak. Huh!

p/s : Sambungan nya akan datang.....

Thursday, September 8, 2011

.:: Boleh Buat Macam Ni tak? ::.

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskalanda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kalisupaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olahanda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik lakawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...

.:: Tak Sedar Diri! ::.

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap pemain Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata.

Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu.

“Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah.

“Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun, ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu.

Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

p/s : Apa diorang tak ingat ke masa lawan Malaysia hari tu. Yang korang bergolek-golek sakan kat stadium Bukit Jalil dulu. Tak ingat ke? Sengal ubi!!!

.:: Nothing To Say ::.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat tak? Tak da apa yang nak aku kongsikan pada post kali ini.

Macam biasa, banayak cerita yang nak cerita kan. Tapi tak reti nak susun ayat. Hahaha.

Sekarang ni tengah menghabiskan sisa-sisa cuti aku di rumah. Dah tak tahu nak buat apa lagi kan. online muka buku, twitter, tu je la. Memang dah tak da apa nak buat. Hahaha.

p/s : Nanti update lagi ye. Tata~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...