Waktu Solat

Sunday, December 4, 2011

.:: Rapuh ::.

Petang yang dingin dan tenang ni, bila aku dengar lagu Rapuh, nyanyian Opick, aku rasa seperti nak menangis. Tak tahu kenapa. Aku terasa banyak dosa yang telah aku lakukan. Banyak sangat yang perlu aku perbaiki diri ini.

Hayatilah lirik lagu ini seelok-elok dan sebaik2 nya. Berdakwah melalui lagu. Actually, aku dah dengar lagu ni lama dah. Tapi, petang ni baru terasa nak post. ~_~"


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

p/s : YA ALLAH, ampunkanlah dosa hambaMu ini. T_T

Saturday, December 3, 2011

.:: Hangin 2 ::.

Salam geng! Ni sambungan yang cerita berbulan-bulan yang lepas [Sini].

Nak dijadikan cerita la, kenapa la mereka ni sanggup ambil duit student beratus-ratus ringgit sedangkan student tu hanya ambil 2 atau 3 subject je untuk semester tersebut. Korang bayangkan lah, kalau aku ni seorang pelajar kene, boleh tak imagine, beratus-ratus lagi yang kene tu. Bapa banyak yang diorang dapat?

OK! Sekarang ni aku dah dapat pulangan baki yang sepatutnya. Tapi aku anggap tak patut jugak, sebab die bagi kat aku RM60 je. RM60!!! SAHAJA!!! Aku tak puas ati la. Sirius. Tak tau nak cakap apa lagi. Aku bersyukur dapat pulangan tu. Tapi tak pasti, apa yang dilakukan pihak bendahari tu. Haiz.

Tapi tak apa la geng. Aku cuma luahkan apa yang aku tak pasti je. Tak pasti dengan apa yang diorang lakukan dengan duit baki bebanyak tu.

Jumpa lagi. Tata~~

Thursday, December 1, 2011

.:: Kembali ::.


Eh? Gambar apa ni? Hahaha.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!
Apa khabar? Sihat tak? Lama tak dengar khabar berita kan. Maaf la dah lama tak hupdate. Nak kata sibuk tak juga la. Tapi MALAS atau RAJIN je nak menaip. Tapi kan, kalau la ada yang jenis, kita cakap, perkataan keluar, agak-agaknya akan rajin la. Hahaha.

Mesti tertanya-tanya kan, gambar apa kat atas tu? Gambar orang kawin dengan pengapit nya la. Tak kan gambar tukang bakar satay kot. Hehehe. Gila tak? Sudah sekian lama tak hupdate, keluar kan gambar orang kahwin pulak. Kalau gambar aku kawin tak pa la jugak kan. Hohoho.

Berita terbaru aku baru-baru ni. Aku baru lepas jadi pengapit kepada sepupu aku kawin. Minggu lepas di Taman JP Perdana, Johor Bahru. Minggu sebelumnya jadi pengapit juga kat rumah pengantin perempuan di Felda Jengka, Pahang. Kat bawah ni gambar masa kat Jengka.


Later story2 lagi la ea. Nak mandi, nak makan dan prepair untuk kuiz petang ni. Tata~~ SALAM!!!

***Panas hati sebab nak bukak email kat UMP ni, keluar yang ni selalu :-



Baik tak payah bagi internet kat student! Huh!!!

Saturday, September 10, 2011

.:: Hangin!!! ::.

Pagi-pagi hujung minggu dah buat aku hangin! Macam mana la tak hangin kan, Duit PTPTN baru je masuk, sepatutnya aku gembira la sebab elaun nak belajar dah masuk, tapi, lain pula jadinya.

Korang semua bayangkan la ye, elaun masuk RM3440.00, untuk 1 semester. Tapi, dipotong sebanyak RM1265. Padahal subjek yang aku ambil sem akan datang hanya 1 subjek je. Pelik kan? Tak kan la yuran kolej melampau tingginya. Gila... Gila... So, sekarang ni, plan aku semuanya tak kene. Macam-macam dalam kepala otak ni aku nak buat untuk elaun yang aku terima. Tapi, dengan elaun yang tinggal ciput tu, aku tak tau la boleh jadi ke tak. Huh!

p/s : Sambungan nya akan datang.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...