Waktu Solat

Saturday, July 2, 2011

.:: Lama ::.

Salam semua. Apa khabar? Mesti merindui aku kan? Betul tak? Baik mengaku la. Korang ni. Tak baik menipu tau. Hehehehe. Tak pe la kalau tak rindu. Nak buat macam mana kan. Tak kan la nak paksa memaksa pulak kan?

Maaf lagi sekali la ye. Dah lama tak update blog ni. Maklumlah, bila cuti di rumah, memang tak buat apa-apa la. Balik-balik rumah memang buat kerja lain la. Update status kat FB pun tak selalu. Mengemas rumah, membasuh kereta, main dengan kucing-kucing kesayangan. Memang banyak meninggalkan kesan pada blog aku ni ha. Hehehe.

Hari tu da janji nak cerita masa aku belajar-belajar dulu sampai sekarang ni kan? Nanti aku sambung cerita tu ye. Seperti yang dijanjikan, aku akan tunaikan. InsyaAllah. Post yang baru ni aku nak cerita serba sedikit cerita semalam. Cerita pasal aku pulang ke Kolej Kediaman 4 aku ni ha. Aku pulang menaiki kereta pensyarah UMP (sekarang ni beliau sambung belajar di UKM). Alang-alang beliau nak pulang ke pangkuan keluarga yang tercinta kan, aku pun mengambil peluang la untuk tumpang (padahal malas nak naik bas). Hehehehe.

Semalam kan hari Jumaat, so kami bertolak pulang ke Kuantan jam 3.00 petang dari rumah aku, selepas solat Jumaat. Kami menghala ke Plaza Low-Yat untuk mengambil i-Pad beliau. Pusing punya pusing kat Low-Yat tu, lebih kurang jam 4.30 petang, kami pun keluar lah dari Plaza tersebut untuk pulang ke Kuantan. Semasa dalam perjalanan nak keluar ke tol Gombak tu, MASYAALLAH!!! Jalan sesak dengan teruk seteruk-teruknya (agak-agak ayat tu boleh membuatkan korang-korang terfikir macam mana teruknya kesesakan tersebut).

Lagi 1 perkara yang tidak di ingini berlaku apabila aircond kereta rosak pula. Tiba-tiba jadi panas. Da keluar kan angin semata. Kitorang jadi kelam kabut apabila asap keluar dari bonet depan. Rupa-rupanya memang betul la aircond kereta mengalami kerosakan. Kami ingat kan radiator yang rosak. Masing-masing tak tahu apa-apa tentang kerosakan tersebut. Gila nye kerja. Dah la masa keluar asap tu kitorang sangkut tengah-tengah kesesakan. Memang serabut la fikirkan apa yang perlu dibuat.






Aku sempat shoot beberapa gambar je. Tak banyak sangat. Sebab stress mengenangkan nasib yang menimpa kami. Huhuhuhu.


p/s : Sangat letih dan tak pernah aku tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas sebegitu rupa. ~__~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...