Waktu Solat

Thursday, June 23, 2011

.:: Pendahuluan ::.

OK!!! Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, tiba lah masa nya untuk aku membubarkan...Ehhh...Silap ayat lagi. Mengwar-war kan (betul ke ayat aku tu) apa yang ingin aku post kan dekat post terbaru ini. Saksikan lah...

.


..


...


....


.....


......


.......


........


.........


..........


.:: Kenangan masa di UTM dulu ::.

Orait... Ini untuk pendahuluan aku. Masa buat program kat UTM dulu. Aku sibuk dengan mengikuti banyak program. So, Ini untuk gambar pendahuluan. Nanti aku akan kenal kan korang-korang dengan rakan-rakan aku seorang demi seorang. Tunggu ya.... ^__^

p/s : Jangan marah ar... \._./ Peace yooo!!!

.:: Ada Cerita Menarik ::.

Tunggu dengan entry menarik aku nanti.
Hahahaha.
Aku memang saje taruk tajuk macam tu.
Bagi ramai stalker yang tengok-tengok blog aku.

Actually memang ada cerita yang menarik akan ku paparkan nanti. InsyaAllah, kalau sempat, lepas habis kelas cert. ni, aku akan update cerita yang menarik tu. Jangan marah ye. Nanti cepat kahwin... Ehhhh...silap-silap. Bukan kahwin, tapi tua. Hahaha.

Aku nak ceritakan kawan-kawan yang pernah rapat dengan aku masa kat 2 Universiti yang pernah aku belajar, UTM dan UMP. Dah nak habis belajar dah. Huhuhu.

p/s : Thanks sudi baca blog yang tak seberapa ni. ^__^

.:: Kereta ::.

Tetiba aku post makin laju. Hehehe. Ni nak cerita pasal kereta pulak. Korang-korang ada tak teringin nak kan kereta idaman? Ada tak? Kalau ada kan, korang rasa-rasa nak kereta jenis macam mana? Kereta butan luar negara ke atau kereta buatan siam? Ehhh...Silap pulak. Kereta dalam negara la. Hehehe.

Kalau aku kan, untuk pilihan kereta yang aku minat untuk dalam negara ni aku nak sangat kereta INSPIRA. Waaaahhhh!!! Hebat tak? Hehehehe. Aku bukan apa. Kalau ada rezeki lebih sikit, insyaAllah aku nak beli kereta jenis tu. Kereta Inspira tu la.

Sebab apa aku pilih Inspira? Sebab kereta tu inspirasi. Cewaaaahhh!!! Tak ada la. Saja-saja je. Aku minat design dia. Aku da penah naik kereta tu. Naik di sini bermaksud duduk kat dalam kereta tu je. Tak bergerak-gerak pun. Hahahaha. Memang smart sangat-sangat kereta tu. Aku memang teringinkan untuk mendapatkan sebiji...Ehhhh... Penjodoh bilangan dah salah dah. Sebuah kereta Inspira tu. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih la ea. Bentuk kereta tu sebijik macam LANCER. Sapa yang tak nak kan? Hehehe.

OK lah korang-korang. Layan la gambar-gambar feveret yang aku curik kat pakcik GOOGLE. Hehehe. (Gambar sebagai hiasan jer).


.:: Tempat pemandu ::.


.:: Bergaye tak? ::.


.:: Mana lebih bergaya? Hitam atau merah? ::.

.:: Bahagian depan INSPIRA ::.

..
...
....
.....

.:: Untuk yang terakhir... ::.

.:: Hanya orang yang Smart dapatkan ini (betul ke translate aku ni) ::.

p/s : Apa-apa hal pun, nak cari rumah. Itu yang paling penting. -.-"

.:: Perkataan @ Ayat ::.

Hai semua. Kembali post pada malam-malam buta ini. Sengaja nak taip post sebab tak boleh tidur. Dah tidur setengah hari nak tidur awal pula, jangan harap la kan. Dah cuba dah. Tapi tak berdaya untuk memasuki alam mimpi. Huhuhu.

OK lah. Actually, aku tak tahu pun nak share cerita dengan korang-korang semua ni. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Nak Start macam mana. Semua nya lah. Dari awal sampai akhir. Memang aku tak reti nak memulakan cerita. Sebab tu lah tajuk tu tertulis perkataan atau ayat. Memang aku tak reti nak membuat perkataan kat post aku ni. Huhuhu.

Sekarang ni, yang merunsingkan aku adalah dengan tahap kesihatan aku. Aku tahu, aku tak boleh lari sakit-sakit yang bakal dihadapi. Memang kita boleh cuba elak kan. Tapi, bila Allah kata jadi, jadi lah ia. Aku harap, aku dapat sihat seperti orang lain juga. Boleh bermain macam biasa. Macam dulu-dulu.

Hari Jumaat ini akan ku pulang ke kampung halaman (kampung la sangat kan). Rumah la. Kampung aku kat Muar, Johor. Rumah dekat Bandar Baru Bangi. Bandar ke kempung tu? Hehehe. Aku tak tahu, macam mana nak bagi tahu result aku pada parents aku. Aku rasa, diorang kecewa sangat-sangat. Maklumlah, result aku tak sebaik yang diorang mahukan. Tapi... Aku dah cuba sedaya upaya untuk meningkatkan keputusan yang terakhir di UMP. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Berbanding dengan keputusan di diploma masa aku belajar kat UTM dulu, lagi OK keputusan aku kat UMP ni walaupun tak jauh beza. Aku memang bersyukur mendapat keputusan tersebut. Tapi aku akan berhadapan dengan kedua ibu bapa ku. Macam mana dengan pendapat mereka pulak? Memang sampai sekarang aku runsing dengan perkara ini.

Aku akan cuba lagi sekali dalam alam pekerjaan pula. Pertengahan bulan 8, aku akan mula Latihan Industri. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tunjukkan kepada kedua ibu bapa aku, keputusan tidak memainkan peranan paling penting untuk aku lebih bekerjaya pada masa hadapan. Mudah-mudahan apa yang akan ku tempuhi nanti, di mudah kan oleh Nya. Aminn..

p/s : Aku cuba menjadi insan yang terbaik. ~__~"

Wednesday, June 22, 2011

.:: Sakit ::.

Salam semua. Hai. Maaf la tak update blog semalam.

Bukan apa, sejak kebelakangan ini, aku selalu sangat sakit. Paling teruk yang pernah aku rasai masa dekat kepala belah kiri, rasa lain macam sangat-sangat sakitnya. Lepas tu kan, tangan kiri aku rasa sesengal yang amat-amat menyakitkan. Dah selalu sangat dah aku rasa macam tu. korang dapat tau tak, agak-agaknya aku sakit apa ek?

Lagi 1, aku selalu sangat mengalami sakit tulang belakang. Susah sangat nak bernafas. Sesak nafas la kiranya. Sekarang ni dekat dalam lab ni pun aku still rasa sakit dekat kepala. Huhuhu. Nak kata sakit urat saraf, semacam sangat sakit nya (macam la aku tau sakit urat macam mana kan). Kalau sesiapa yang tahu, tolong bagi tahu aku ek. Takut jugak nih. Doa kan yang terbaik untuk aku, untuk kesihatan aku jugak. InsyaAllah. Aminnnn...

p/s : Takut dengan perkataan "BARAH". T__T

Monday, June 20, 2011

.:: Pelanggan ::.

[Babak Pertama]

Pelanggan 1 : Tak nak makan sayur la. Banyak sangat sayur dalam sup tomyam nih. (sambil mengasingkan sayur ke tepi piring)

Makcik kedai dari tadi memerhatikan gelagat pelanggan itu...Lalu...

Makcik Kedai : Adik, kalau tak nak sayur tu, cakap!! Tak payah nak susahkan tukang masak!! Banyak lagi kerja tukang masak kat belakang tu!!

Pelanggan itu pun tertunduk. Apa perasaan beliau sehinggakan beliau tertunduk sebegitu rupa? Suara makcik yang "sound" itu boleh sampai ke luar kedai makan.



[Babak Kedua]

Akak kedai datang menghantar sup kosong kepada pelanggan...Tiba-tiba...

Pelanggan 1 : Akak, kasik 1 lagi sup kosong ye...
Akak Kedai : Tadi tak nak mintak! Haish! (memusingkan kepala dan badan dengan keadaan yang menyampah)
Pelanggan 2 : Akak...Akak...(akak kedai tu pun pusing balik) Minta 1 lagi ais kosong ea.
Akak kedai : Hurmmmm... (dengan keadaan muka yang menyampah lagi sekali).


Apa kah perasaan korang-korang yang tengok keadaan sebegitu rupa? Siapa yang patut bersalah? Bagi aku la kan, customer always 1st. Tak boleh la layan customer atau pelanggan macam tu. Memang la agak menyusahkan. Tapi kalau la macam tu dia buat kat semua customer, ada ke customer nak datang ke kedai tu lagi? Betul tak?

p/s : Fikir-fikir kan la sebelum buat keputusan. Semua cerita ini bukan rekaan, tetapi didengari dan dilihat sendiri oleh aku dan kawan-kawan aku (Apai, Daus dan Saha).

.:: Kene Buang ::.

Hai semua. Jumpa lagi dalam post terbaru aku ni. Tajuk kali ini, "Kene Buang" atau lebih di kenali dalam bahasa orang putih nya dengan perkataan "Delete".

Apa korang akan rasa la kan, kalau korang-korang semua bila di "Delete" oleh seseorang dalam hidup dia? Korang rasa seronok tak? Aku rasa tak semua yang seronok, walaupun ada segelintir yang seronok kan. Yang seronok tu mestilah ada sebab musabab yang tertentu bukan? Setahu aku kan, ramai je manusia di Malaysia yang tercinta ini ada akaun facebook bukan? Aku pun ada. So, dekat situ la kan, ada tak korang-korang pernah di "Delete" post atau komen-komen yang diberikan? Pernah tak? Apa korang akan rasa ek?


Banyak tak soalan aku? Tu baru sedikit je. Aku bukan apa. Untuk post-post yang selalu aku buat ni, aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku, aku post berdasarkan keadaan persekitaran aku. So...Korang tau kan apa yang nak aku sampaikan. Aku pernah mengalami situasi itu. Memang kecewa, kecik hati, sakit hati. Macam-macam la ada. Tapi itu lah lumrah dunia. Tak semuanya manis.

Aku nak berpesan pada diri ku ini dan semua pembaca-pembaca blog aku. Ingatlah, dunia ini sementara. Dunia ni bulat. Hukum alam selalu kene pada manusia. Bila kita buat kat seseorang macam tu, kita akan kene balik pada masa akan datang (Maybe aku pernah buat macam tu kepada insan-insan di muka bumi Allah ini). Aku memohon sepuluh jari lagi sekali, unutk memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata atau perbuatan aku yang menyakitkan semua. Aku banyak kelemahan. Aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Sama-sama lah kita jaga hati sendiri, hati kawan-kawan yang pernah rapat dengan kita, dan hati semua orang supaya tak tersinggung dengan kata-kata dan perbuatan kita.

p/s : Berfikir dahulu sebelum bertindak.

Sunday, June 19, 2011

.:: KL Gangster ::.

Akhirnya angka keramat RM10 juta yang cuba dilepasi oleh semua pengarah filem Malaysia telah pun dilangkaui oleh Syamsul Yusof, pengarah filem KL Gangster. Menurut Syamsul Yusof di dalam Pancaindera hari ini, kutipan filem KL Gangster kini hampir mencecah RM11 juta. Abang Nara cuma mampu mengkagumi kehebatan pengarah muda yang sangat berbakat ini. Respek bro!!!

Terharu sekejap Abang Nara membaca pesanan Tok Wan Syamsul Yusof di dalam Pancaindera hari ini:-

Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja,ikhlas dengan niat yang baik.Yang lain kau serahkan pada DIA.DIA tahu kerja DIA.DIA Maha Adil.Orang nak cakap buruk tentang kita,biarkan.Orang mahu perlekehkan usaha dan hasil kerja kita,biarkan.Jangan melatah dan mudah naik darah.Fikir sebelum kau bercakap dan bertindak.Terlajak perahu boleh diundur.Terlajak kata?Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga.Merekalah orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.

Berita baik untuk kita semua, Syamsul khabarnya akan mengarah filem prekuel KL Gangster selepas sambutan yang sangat memberangsangkan ini. Kejayaan Syamsul ini sepatutnya dijadikan pedoman kepada pengarah-pengarah lain. Sesungguhnya filem yang baik pasti akan mendapat sambutan daripada penonton filem Malaysia. Tak gitu?

Kepada Syamsul, semoga terus maju dan terus berusaha membuat filem-filem yang mantap.

[BEAUTIFULNARA]

P/S : Dah berapa lama laaa aku tak pergi tengok wayang ni ek? ~__~"

.:: Father's Day!!! ::.

Salam semua. Hari ni just nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayah-ayah di seluruh dunia terutamanya EN. AMIN HAJI SALLEH. Ayah adalah insan yang terhebat!!! Sayang ayah sangat-sangat. Love you sooooo much!!! Tanpa ayah siapa lah diri ini kan? Tidak lahir di dunia yang nyata ini. Bawah ini khas untuk ayah!!!



p/s : Tiada idea buat masa sekarang ni. ^__^

Saturday, June 18, 2011

.:: Header ::.

Salam semua. YES!!! Akhirnya... Aku da berjaya tukar header tu. Tapi kan, belum fully siap la. Buat sikit-sikit. Aku belajar balik style-style design aku. Aku ni kan noob. Hehehe. Anyway, tengok-tengok la header nanti ye. Aku akan keep update selalu blog aku ni. Nak berkongsi cerita dengan semua-semua stalker. Hahahaha.


Jumpa lagi ye. Daaaa~~~

p/s : Da lama tak mendalami ilmu design-design ni... ~__~"

.:: Kenapa Lelaki??? ::.

KENAPA LELAKI SUKA BERBOHONG??

Menurut mereka kononnya mereka tidak sungguh berniat begitu. Ini kerana wanita selalu ingin mendengar apa yang ingin mereka dengar, bukan apa yang sebenarnya terjadi. Lelaki tidak benar berniat membohongi wanita dan hanya berusaha menyenangkan mereka.

KENAPA LELAKI KURANG BERKOMUNIKASI??

Jika wanita berikiran begitu maka akan lebih baik bila mereka tutup mulut saja daripada mengundang masalah dengan pasangan mereka. Rupanya para lelaki tidak suka wanita yang cerewet dan bz-body.

KENAPA LELAKI TIDAK SUKA BERKONGSI PERASAAN

Bagaimana mereka boleh berkongsi perasaan kalau mereka sendiri sebenarnya tidak begitu faham apa yang mereka rasakan?? Maklumlah lelaki belajar dari pengalaman tapi ternyata hanya beberapa perasaan saja yang boleh mereka identifikasikan : marah, benci dan muak :. Kadang kadang mereka juga binging apa yang ahrus dikatakan ketika pasangan berbicara tentang perasaan. Itu membuat mereka berasa terganggu dan tidak selesa.

KENAPA LELAKI SELALU LAMBAT BERTINDAK??

Bukannya lembap atau lambat, tetapi mereka hanya ingin benar benar menikmati apa yang sedang mereka lakukan. Dan mereka tidak ingin membiarkannya berlalu begitu cepat.

KENAPA LELAKI MALAS MENJAWAP PERTANYAAN KITA

Mereka mendenga rsemua pertanyaan itu sebenarnya. hanya saja akdang akdang mereka menganggap kita selalu sering bertanyakan sesuatu yang tidak perlu. Mereka tidak mahu membuang masa dan tenaga. Jika mereka fakir jawapannya tidak akan melegakan mereka, tentu saja mereka akan lebih memilih untuk diam.

[KERANGS.NET]

Sunday, June 12, 2011

.:: Edit?? Header?? ::.

Hai kawan-kawan. Da macam budak-budak je. Cuba la bagi salam ke, kan elok sikit bunyi nye tu. Ape la Azri Seth ni (gila Nora Elena). Hahahahaha.

Actually, lama dah aku tak update sebab macam-macam yang aku buat, macam-macam yang aku fikir kan. Yelah, nak tengok cerita, ada kerja design sikit, dengan kelas Certificate nya lagi. Tu yang aku rasa macam malas je nak post cerita-cerita yang baru. Walaupun hampir 24 jam mengadap PC aku ni, tapi still terasa malas nak mengupdate blog ni.

Sebut pasal design-design ni, aku rasa kan, nak design header blog aku ni yang baru la (padahal header blog ni tak siap sepenuhnya lagi). Apa pendapat korang ek? Patut kah? Bagi aku patut kot. Hahahaha.

OK lah, jumpa lagi pada post yang akan datang. Nak carik idea nak edit and design header yang cantik sikit. Tata~~~

Friday, June 10, 2011

.:: Oh Nora ::.

Hai!!! Hehehe. Sori again. Memang sengaja tak post new entry. Sebab nya pasal cerita bawah ni...


Gila tak aku nih? Muka Legend, hati Cute beb. Hihihihi. Bawah ni sinopsis dia.

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

.:: Aaron Aziz a.k.a Ahmad Seth Tan ::.

.:: Siti Saleha a.k.a Nora Elena ::.

.:: Zul Ariffin a.k.a Idham (Eid) ::.

Cerita ini ditayang kan setiap hari Isnin sampai Khamis, jam 7.00 malam. Tapi aku tak tonton kat TV. Malas nak pergi kat kafe sana bukak TV. So, conclusion nya, aku pun download la. Hehehe. Sebelum cerita macam ni, aku layan cerita Lagenda Budak Setan. Best gak cerita dia. Semua nya aku download. Hehehe.

Jumpa lagi. Daaaa~~~

p/s : Aku berjaya meracuni pemikiran kawan-kawan aku kat sini yang menyatakan bahawa cerita ini memang terbaik!!! Hahahaha.

Tuesday, June 7, 2011

.:: Malam Ini La ::.

Hai semua. Maaf lagi sekali yang ku pinta kerana tak dapat mulunaskan tanggungjawab untuk update cerita yang terbaru. Semalam sampai-sampai da lewat malam. Walaupun bas yang aku naiki tersebut sangat laju (Bas Transnasional), tetapi tidak berjaya sampai kurang dari jam 11.00 malam.

Kesimpulannya, tunggu la aku update blog malam ni ya. Sekarang ni pun update blog kat dalam lab. Tengah preparation untuk ujian cert. aku esok hari.

InsyaAllah, malam ni aku update blog ye. Tunggu tau. ^__^

p/s : Banyak gambar nak taruk la rasanya nanti.

Monday, June 6, 2011

.:: Maaf ::.

Salam semua. Maaf la tak update cerita yang terbaru ni. Sepatutnya malam tadi nak update cerita baru. Tapi betul-betul tak larat dah. Habis BBQ jam 11.00pm. Betul-betul letih sangat-sangat malam tadi. Rasa macam nak tercabut pinggang ni. Huhuhu.

Nanti aku update cerita pasal BBQ dan taruk gambar-gambar BBQ ye. Ni letih tak habis lagi. Pagi tadi mengemas lagi. Basuh rumah kucing pulak. Lepas tu, pegi terminal Kajang beli tiket nak balik UMP. Lepas beli tiket je, pegi MINES, beli kain dengan mama pulak. Ni baru je sampai rumah. Memang tambah letih. Tapi seronok. Hehehe.

OK la. Tiket bas aku dari PUDU jam 8.30 malam. So, aku nak bersiap-siap segala bagai. InsyaAllah cerita pasal BBQ aku update bila da sampai kat UMP nnati ye. Jumpa lagi. Tata~~~

Sunday, June 5, 2011

.:: Update ::.

Update blog malam ni ye. Sekarang tengah letih baru balik dari kenduri kawen lagi.

Ni nak bersiap-siap untuk BBQ bersama keluarga tercinta. Daaaa~~~

p/s : Update secara pantas. ^__^

Saturday, June 4, 2011

.:: Hamek Kaw ::.

Haip!!! Ganas giler title post kali ni. Hahaha.

Nak cerita sikit. Hari ni pegi kenduri kawen atau walimatul urus kawan-kawan ayah ngan mama. 3 tempat kitorang pegi sekali gus. Makan kene bajet-bajet sikit. Maklumla. Tempat free macam ni, kalau boleh memang nak melantak banyak-banyak. Tapi aku tak boleh melantak sangat, sebab 2 3 hari ni, perut aku asik meragam jer. So, makan pun aku kene la beragak-agak sikit kan (Haizzz...rugi-rugi).

Tempat persinggahan pertama kitorang pergi adalah kat PUTRAJAYA, PRECINT 8 atau lebih tepat lagi, DEWAN SERBAGUNA PRECINT 8. Kawan ayah yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa Masjid Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Memang meriah kat situ. Pengantin mengenakan baju warna ungu. Cantik jugak. Tapi yang paling aku terkejut kat situ, leh pulak jumpa kawan aku sama belajar kat UMP, Norza Atikah a.k.a Zaza. Rupe-rupe nye pengantin perempuan tu best friend dia. Patutlah beriye-iye dia ada kat situ. Hahahaha.

Rumah kedua pulak kat area rumah lama aku, kawasan flat Seksyen 16. Sini kawasan kawan mama pulak. Ramai la kenalan-kenalan mama ngan ayah bertemu kembali. Yelah, kitorang pun da berpindah kat tempat baru, so kurang sikit la nak berjumpa tu kan. Hehehe. Part yang aku terkejut ada dengar mama punya kawan, dia cakap yang dia da singgah rumah yang ke-6. Terbaik la makcik! Gemuk aku kalau macam tu. Hahaha.

Rumah yang terakhir pulak adalah rumah kawan ayah kerja pustakawan kat UKM dulu. Sekarang dia da retired dah. Ngehngehngeh. Actually, anak dia adalh junior 2 tahun kat sekolah dulu. Comel. Nurul Aini nama dia. Aku panggil dia Ain. Aku anggap dia macam adik je. Dia pun anggap aku macam abang dia je. Tak da apa-apa pun. Tapi da lewat sikit la datang kat situ. Dah pukul 3 baru sampai rumah terakhir tu. Kitorang pun tak makan nasi dah. Tapi dapat macam-macam. Dengan aiskrim nye. OK la tu kan. Perut pun da tak muat nak isi nasi lagi dah. Hihihihihi.

Cukup la takat ni cerita pada hari ini. Jap lagi, aku nak g berjumpa dengan member-member sekolah pulak. Da lama tak jumpa diorang. OK la geng, jumpa lagi semua. Daaaaa~~~

.:: Penuh ::.

Salam semua. Kali ini aku post dari rumah. Dah sampai rumah. Home Sweet Home. Hehehe...

Bus yang aku naik dari Kuantan pada jam 1.30pm. Sampai depan kolej (KK4) aku jam 2.05pm. Aku balik dengan seorang member aku yang baru je bertunang hari tu. Selamba je balik dengan dia kan. Hahaha. Tak pa la. Dia tak kesah pun. Kitorang bukan buat apa-apa pun. Hehehe.

OK... Sampai kat KL pulak tepat jam 5.00pm. Kat Stesen Bas Pekeliling tau aku berhenti. Kalau boleh aku nak naik bas sampai ke Bukit Jalil terus. Tapi masa beli tiket hari tu, Pudu dah buka balik. So, aku lagi selesa turun kat Pekeliling. Alang-alang turun sekali dengan kawan aku seorang ni. Dia memang selalu turun kat Pekelilng ni kalau dia balik KL. So, aku join je la.

Dipendekkan cerita, kat kaunter tiket LRT Star yang aku kene naik pula, dengan penuh yakin;

Aku mintak, "tiket ke KLSentral 1"...
Akak kaunter, "Awak kene turun kat Masjid Jamek dulu"...

Adush! Macam mana la aku boleh lupa yang nak pegi ke KLSentral ni kene turun kat Masjid Jamek pulak. Aduilaaa. Kene gelak dengan member aku pula tu. Malu aku beb. Huhuhu. Tak pe la. At least dapat jugak la aku beli tiket ke KLSentral tu kan. Hehehe. Dalam train LRT Star tu lengang je. Memang selesa la duduk dalam train tu. Hehehe.

Sampai kat Masjid Jamek pulak kene tukar stesen dan juga naik LRT Putra pulak menghala ke KLSentral. Sampai-sampai kat KLSentral, masyaAllah, manusia ramai sangat-sangat. Penuh KLSentral tu. Huhuhu. Aku dapat rasakan yang train KTM yang aku akan naiki tu penuh dengan orang.

Tanggapan aku betul, memang ramai manusia yang sangat padat dalam nya. Macam dalam tin sardin pulak. 3 kali aku terlepas train sebab tak dapat masuk. Aduilaaa... Sangat-sangat berada dalam tekanan. Yela... Solat Asar pub belum lagi. Aku turun dari tempat tiket tu jam 5.30pm. Aku bajet-bajet sempat la sampai ke rumah sebelum jam 7.00pm tu yang aku tak singgah surau kat KLSentral.



Macam mana aku boleh terlepas train kan? Orang ramai sangat-sangat. Sampai ada yang berdiri kat Platform sebelah. Haaaa... Korang bayang kan la. Ramai nya macam mana. Huhuhu.

OK la geng, aku terasa leteh lagi. Nanti sambung lagi ye. Daaaa~~

p/s : Perkhidmatan pengangkutan awam yang paling teruk!!!

Thursday, June 2, 2011

.:: Buku ::.

Berjumpa lagi pada post yang baru. Hehehe.

Tajuk kali ini, berilmiah sikit la. Bukan apa, sekarang ni pun aku tengah ambil kursus certificate dari 3P. Apa itu 3P? 3P adalah singkatan bagi nama Program Pertauliahan Profesional. Untuk 3P ini, terbahagi kepada beberapa kelas atau course, seperti ASP.NET, ORACLE, IBM-Web Service, Multimedia (dikhas kan untuk pelajar Diploma) dan lain-lain. Yang aku ambil pula adalah ASP.Net.

Yang selama aku ambil ASP.Net ni pula banyak la programming language yang aku belajar, seperti C#(sebutan dia C sharp) dan Visual Basic. Memang bahasa komputer yang lama, tapi, bagi aku, banyak lagi yang perlu aku pelajari.

OK lah. Nanti-nanti membebel lagi ye. Nak juga tunjuk buku yang kami perolehi. Kasi layan gambar kat bawah ye. ^__^




.:: Tebal tak??? ::.

p/s : Ini baru 2 buku. Ada lagi 2 buku yang belum dapat. ^__^"

.:: Everyday I'm Learning....... ::.

Everyday I'm Learning Who I am!!!

Salam semua. hehehe. Kali ni, pendahuluan agak mencabar minda sikit. Hihihi (chuckle) ^__^.
Tak da apa pun nak kongsi. Setiap orang perlukan perubahan pada diri untuk memperbaiki diri. Kan? Betul tak? Angguk la sikit. Gurau je. Hehehe.

Aku bukan apa, aku sedar, diri ini banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Bagi aku, manusia atau insan di muka bumi Allah ini, tidak lari dari melakukan kesilapan. Selain dari insan yang telah dipelihara dari melakukan dosa dan kesalahan, kita perlu lah sedar, bahawa setiap perbuatan kita akan diperhatikan oleh orang.

Setiap orang juga perlukan peluang untuk perbaiki diri kan. Aku juga sedar, aku penah melakukan kesalahan dan kesilapan, dan juga pernah diberikan peluang untuk memperbaiki. Terpulang lah kepada setiap insan yang lain untuk menilainya.

Kepada sesiapa yang pernah mengenali diri ini, maafkan lah diri ini sekiranya ada melakukan kesalahan dan kesilapan. Semoga maaf yang diri ku pinta ini, mendapat kemaafan dari anda semua. InsyaAllah, kita berjumpa lagi.








[Semua dari Pakcik Google]


p/s : Kepada si dia, abg minta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang pengenalan kita. ^__^

[Lelaki]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...