Waktu Solat

Tuesday, May 31, 2011

.:: Kene!!! ::.

Salam semua. Hai. Berjumpa lagi pada post yang terbaru dari aku ni. Haaaa... Tajuk kali ini macam marah je bunyi nye. Apa yang terjadi? Apa yang terkene? Siapa yang kene? Hahahaha. Itu semua adalah segala persoalan yang perlu ditempuhi oleh semua orang (merepek lagi). Hehehehe.

Actually, bukan ada apa sangat pun. Macam post-post yang sebelum ni juga kan, tajuk je gempak, tapi tak da apa sangat pun nak di kongsi. Hehehe. Hari ini, aku terkene lagi, dan dipaksa lagi. Sebab apa? Adalah seorang hamba Allah ini, merangkap sahabat aku, memaksa la aku untuk menyiapkan Testis... eeeehhhh... Silap-silap, bukan tu, tapi Thesis. Aku je yang malas nak buat. Sekali da kene sound dengan dia, "Ko nak kawan dengan aku lagi ke tak? Kalao nak kwn ko siapkan Thesis ko." Perghhhh... Kene aku beb. Nak tak nak, malam ni juga la aku berusaha menyiapkan Thesis aku ni. Hehehehe. Kepada Nur Faezah Omar, thanks la sebab memaksa aku membuat dan menyiapkan Thesis aku ni.

p/s : Finin tengok format yang macam-macam jenis. Hahahaha. @__@

Sunday, May 29, 2011

.:: Tanda-tanda Lelaki Merajuk ::.

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

[TENTANG CINTA]

p/s : Nak merajuk dengan siape ek? ^__^

.:: Betul ke? ::.

Salam semua. Apa nak buat hujung-hujung minggu ni ye? Pada hal banyak je keje lagi nak kene buat. Thesis tak siap lagi, nak kene print lagi. Tapi perasaan nak tenangkan diri pada hujung-hujung minggu ni lebih dari nak siapkan thesis. Hahaha.

OK lah, saja je nak post something. Member-member ada ajak nak pegi tengok wayang cerita KARAK. Tapi ramai kata tak best. Bila nak pegi, rasa macam menyesal pulak kalau tengok tak best kan. Entahla. Tengok la macam mana nanti. Apa-apa hal pun, kita layan sinopsis di bawah ni.


[Sinopsis]
Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Saturday, May 28, 2011

.:: Sabtu ::.

Salam buat semua. Eh, hari ni da hari sabtu la. Tak perasan pulak da hari sabtu. Hahahaha. Merepek je la kije nye. Hohoho. Tak da apa-apa yang menarik pun nak dikongsi. Actually, aku baru je balik dari makan malam ni. Dengan member-member sekelas aku kt UMP ni ha.

Nak dijadikan cerita, aku terkejut gila bila salah seorang dari member kitorang baru je balik dari majlis pertuangan beliau. Mana la tak terkejut nya kan, tup-tup, da bertunang. Kitorang semua terkejut sebenarnya. Aku pun tak tahu perkara sebenarnya. Malas la nak tanya banyak-banyak. Kadang-kadang rasa tak percaya pun ada. Huhuhu. Yelaaaa... Angin tak de, ribut tak de, tibe-tibe da bertunang dah. Hari ni pulak tu. Tak percaya kan? Hahahaha.

Tak pe la. Menda baik, kita kene selalu berdoa untuk kebahagian dan keselesaan orang lain, terutamanya kawan-kawan kita yang dah kenal lebih 3 tahun ni. Kepada NURUL AKMAL, semoga kau berbahagia sehingga akhir hayat ye. Dengar ko cerita tadi, bulan 3 tahun depan majlis kahwin nya. Jangan lupa jemput ye. Hehehehe.

OK lah kawan-kawan semua, moga kita berjumpa lain hari. Majulah blog untuk semua. Chill!!!

p/s : Bila pulak la time aku nanti ye. Nak kahwin terus la. Hehehe. ^__^

Friday, May 27, 2011

.:: Jumaat ::.

Salam buat semua. Apa khabar? Harap-harap semuanya sihat-sihat ye. Alhamdulillah, hari ni aku da ok, da tenang semula, kembali ke jalan yang aku harap-harap kan benar lah ia nya. (apa da yang aku mengayat tu kan) Hehehehe.

Tajuk hari "Jumaat" sebab apa? Tak ada apa-apa pun actually. Saja je nak buat tajuk macam tu. Hari Jumaat kan penghulu segala hari. Kan?Kan? Hehehe. Emm. Aku rasa nak keluarkan ayat-ayat untuk mengingati semua orang dan juga diri ini. Semoga aku tak lalai dalam menghadapi kehidupan yang akan mendatang. InsyaAllah. Terima kasih la buat semua ye.

Maybe ayat-ayat aku tu akan membuatkan orang lain terasa, tapi ingat, ayat tu BUKAN di tujukan kepada individu-individu yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Aku mengeluarkan ayat tu hanya untuk MENGINGATKAN. Sekali lagi di ulangi, untuk MENGINGATKAN semua orang, termasuk diri ini. Jangan lah cepat sangat terasa dengan apa-apa yang aku keluarkan atau lontarkan. Ini untuk kebaikan kita semua dan peringatan untuk diri sendiri juga. Harap semua faham ye. Hehehe.

OK lah. Cukup la takat ini sahaja bebelan ku pada hari Jumaat ni. InsyaAllah kita bertemu sekali lagi. Wassalam....

p/s : Manusia kan mudah lupa, lebih-lebih lagi diri ini. ^__^

Sunday, May 22, 2011

.:: Mencari Jalan ::.

Aku nak mencari jalan yang benar. Hope dapat la semua nya. Terima kasih buat semua. Harap kita jumpa lagi.

p/s : T__T

.:: Entah la... ::.

Mood aku untuk beberapa hari ni memang tak berapa nak ok. Aku cuba untuk menggembirakan diri sendiri di hadapan semua orang. Aku bukan bermasalah dengan orang, tapi aku bermasalah dengan diri sendiri. Memang tak tahu nak buat apa da sekarang ni. Mak angkat aku call pun aku tak berjawab. Dia tau masalah aku. Dia sorang je yang memahami masalah aku kat dunia ni. Hurmmm... Apa yang patut aku lakukan. Sangat-sangat down sekarang ni. Baru keluar 1 result, belum keluar semuanya. Haizzzz... Teruk...teruk...

p/s : Memang tak ada mood nak ber blog sekarang ni. I'm sorry... T_T

.:: Sad...Sad...&... ::.

Salam buat semua.

Tajuk pun da macam memang tak ada mood da kan? Bukan apa, aku memang tak da semangat sejak 2 hari lepas. Result PSM (Projek Sarjana Muda) dah pun keluar. Sangat-sangat teruk. Aku tak de la rase macam result aku seteruk macam tu. Maklumlah, walaupun last minit aku banyak ubah sistem atau prototaip aku, tapi aku sempat menyiapkan semuanya.

Aku tak tahu la apa kesalahan aku. Walaupun lulus, tapi aku betul-betul kecewa dengan keputusan tersebut. Memang tak da idea da aku nak menulis semua ni. Bukan apa, aku tengok kebanyakan student yang tak siap projek pun boleh score sekurang-kurang nya, B keatas. Ni tak, projek aku yang boleh dikatakan siap pun tidak mampu untuk mencapai huruf B apatah lagi A. Aku betul-betul sedih dan kecewa.


p/s : Lain kali aku update lagi ye. Betul-betul tak da semangat buat masa sekarang ni. Maaf.... T__T

Saturday, May 21, 2011

.:: EOS 350D ::.

Assalamualaikum semua. Maaflah lambat update BLOG ni. Baru abis present projek, berjoli dan seadanya. Hahahaha. Ok la, hari ni, nak bercerita tentang camera atau lebih tepat lagi, DSLR (Digital Single-Lens Reflex) .

Pada tarikh 20 Ogos 2003 CANON telah mengeluarkan di pasaran digital SLR (DSLR) dengan enam megapiksel EOS 300D (Digital Rebel). 18 bulan kemudian dan tepat pada masa untuk pameran tahunan (PMA 2005) Canon telah mendedahkan pengganti 300D baru yang lebih kecil, lapan megapiksel, EOS 350D (Digital Rebel XT).

Pada awalnya anda akan terfikir ini hanya camera yang diupgrade dari 300D EOS dengan lapan sensor megapixel bersama-sama dengan 20D EOS, namun pada kenyataannya ia memiliki sensor CMOS baru (iaitu 8.0 megapiksel berlawanan 8.2 megapiksel 20D's), 350D juga mempunyai tubuh yang lebih kecil, mudah digunakan, DIGIC II, ciri-ciri baru dan fungsi yang bersesuaian.

*sumber : Canon EOS 350D (diterjemahkan ke bahasa melayu asli ^__^)



p/s : Ni la DSLR yang aku gunakan sekarang ni. Murah-murah je beli. 2nd hand je. ^__^

Tuesday, May 17, 2011

.:: Internet ::.

Hai semua. Sori la tak dapat nak update cerite dalam beberapa jam yang lepas. Tukar kolej ni internet pulak buat hal. Tak dapat langsung. Ni pun mencari-cari tempat yang ada internet. Macam siot je. Da la minta kita tukar kolej, tapi kemudahan internet tak de pulak. Bukannya tak bersyukur, tapi maklumlah sekarang ni kan segala-galanya perlukan internet kan. Nak post berita, news (eh, tak sama ke berita dengan news??), nak baca paper ke, senang la kan.

Tapi itu lah kehidupan seorang mahasiswa. Apa-apa hal pun, aku memang bersyukur dapat belajar dekat Universiti ni. Bukan senang nak masuk U ni kan. Semalam baru lepas present projek sarjana muda aku. Tak tahu lah macam mana nak cakap kan. OK ke tak tu, aku rasa teruk jugak la. Tapi, at least aku berusaha dan aku persembahkan pada lecturer-lecturer (evaluator) yang nak tengok sangat projek tak seberapa tu. Tak pe lah, aku pun da tak nak fikir apa-apa lagi da pasal projek or pasal apa-apa lai yang berkaitan dengan pointer kat Universiti ni dah. Kira nya aku da present ni kira lulus la. InsyaAllah. Mudah-mudahan aku berjaya Grad la kan. Hehehehe.

Nak tulis panjang-panjang tak de idea sangat sebenarnya ni. Dengan keadaan internet yang serbe benong ni. Melemahkan semangat untuk membuat post yang baru. Lain kali aku bercerita lagi k? See u next post. Tata~~

Wassalam.

p/s : Sehari suntuk layan game. Huhuhuhu.

Monday, May 16, 2011

.:: Letih vs Penat ::.

Hari ini sangat-sangat penat dan letih (penat dan letih tak sama kan?). Sebab apa? Sebab aku kene pindah kolej, dari Kolej Kediaman 1 yang aku diami selama 1 semester ke Kolej Kediaman 4 yang pernah aku duduki dulu selama 2 semester, bersamaan dengan satu tahun pengajian aku.

So, aku tak dapat nak ceritakan dengan lebih lanjut lagi disebabkan keletihan yang teramat. Petang esok (Petang ini, 16hb, 2.30ptg) aku ada presentation Final Year Project aku. Lepas present nanti, aku update dan aku cerikan apa yang da berlaku sepanjang hari ini.

Wassalam.

p/s : Final preparation belum selesai lagi. T__T

Sunday, May 15, 2011

.:: Lupa ::.

Assalamualaikum semua.

Minta maaf. Ada ke patut buka BLOG baru ni tak memperkenalkan diri terlebih dahulu. Tak patut. Memang tak patut. Hehehe. Anyway, kepada blogger-blogger semua, selamat datang ke blog aku yang ke-2 ini. Post yang pertama tu saja je untuk pendahuluan. Nak bagi tau, aku ni lelaki. Hehehe.

OK lah. Blog yang pertama aku adalah blog tentang bola sepak. Cerita pasal bola sepak. Tapi fokus pada pasukan kesayangan aku la kan. Sape lagi kalau bukan THE REDS. Kalau semua nak tengok blog tu, klik je ke LINK ni. Tapi untuk peminat-peminat THE REDS je la ye. Hehehe. Lagi pun, da lame tak "menghupdate" blog yg pertama tu. Sejak dua menjak sebuk dengan projek sarjana muda aku ni (atau dikenali dengan PSM). Maklumlah, da final year kan. Hehehe.

Untuk blog ini pula, aku akan bercerita tentang kehidupan seharian seorang Hamba Allah yang lemah ni. Tentang kehidupan aku la. Maybe, aku akan bercerita juga pasal hal-hal dan isu-isu semasa. Mungkin juga. Hehehe. Aku rasa, cukup la untuk sesi pengenalan pada blog yang baru ni. Nanti aku akan update lagi untuk post-post yang akan datang. Selamat berjumpa lagi semua. Wassalam.

p/s : Sebuk-sebuk prepair untuk presentation yang akan datang, sempat lagi cari template yang sesuai dengan blog baru ni. Hihihihihi.

.:: Mengapa Lelaki Sukar Melafazkan Maaf ::.

Berbanding WANITA,LELAKI adalah insan yang sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri. Kali ini kami cuba bongkarkan mengapa ayat ‘maaf’ begitu sukar keluar dari mulut lelaki.



Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi
Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.


Memperlihatkan Kelemahan Diri
Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.


Tidak Suka Mengaku Kesalahan
Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.


Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata
Enggan memohon maaf secara terbuka, sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah proses komunikasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.


Bimbang Maaf Tidak Diterima
Segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.


Menghindari Pergaduhan
Ada sebahagian lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari pergaduhan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada individu terbabit. Biasanya, apabila meminta maaf dengan wanita, bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan.

p/s : Bagi aku, tak salah kiranya kita ada meminta maaf sekiranya ada melakukan kesalahan. Ada baik nya kita meminta maaf tidak kira lah kalau kesalahan kita kecil atau besar kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...