Waktu Solat

Thursday, September 8, 2011

.:: Tak Sedar Diri! ::.

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap pemain Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata.

Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu.

“Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah.

“Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun, ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu.

Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

p/s : Apa diorang tak ingat ke masa lawan Malaysia hari tu. Yang korang bergolek-golek sakan kat stadium Bukit Jalil dulu. Tak ingat ke? Sengal ubi!!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...