Waktu Solat

Tuesday, May 17, 2011

.:: Internet ::.

Hai semua. Sori la tak dapat nak update cerite dalam beberapa jam yang lepas. Tukar kolej ni internet pulak buat hal. Tak dapat langsung. Ni pun mencari-cari tempat yang ada internet. Macam siot je. Da la minta kita tukar kolej, tapi kemudahan internet tak de pulak. Bukannya tak bersyukur, tapi maklumlah sekarang ni kan segala-galanya perlukan internet kan. Nak post berita, news (eh, tak sama ke berita dengan news??), nak baca paper ke, senang la kan.

Tapi itu lah kehidupan seorang mahasiswa. Apa-apa hal pun, aku memang bersyukur dapat belajar dekat Universiti ni. Bukan senang nak masuk U ni kan. Semalam baru lepas present projek sarjana muda aku. Tak tahu lah macam mana nak cakap kan. OK ke tak tu, aku rasa teruk jugak la. Tapi, at least aku berusaha dan aku persembahkan pada lecturer-lecturer (evaluator) yang nak tengok sangat projek tak seberapa tu. Tak pe lah, aku pun da tak nak fikir apa-apa lagi da pasal projek or pasal apa-apa lai yang berkaitan dengan pointer kat Universiti ni dah. Kira nya aku da present ni kira lulus la. InsyaAllah. Mudah-mudahan aku berjaya Grad la kan. Hehehehe.

Nak tulis panjang-panjang tak de idea sangat sebenarnya ni. Dengan keadaan internet yang serbe benong ni. Melemahkan semangat untuk membuat post yang baru. Lain kali aku bercerita lagi k? See u next post. Tata~~

Wassalam.

p/s : Sehari suntuk layan game. Huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...