Waktu Solat

Saturday, June 4, 2011

.:: Penuh ::.

Salam semua. Kali ini aku post dari rumah. Dah sampai rumah. Home Sweet Home. Hehehe...

Bus yang aku naik dari Kuantan pada jam 1.30pm. Sampai depan kolej (KK4) aku jam 2.05pm. Aku balik dengan seorang member aku yang baru je bertunang hari tu. Selamba je balik dengan dia kan. Hahaha. Tak pa la. Dia tak kesah pun. Kitorang bukan buat apa-apa pun. Hehehe.

OK... Sampai kat KL pulak tepat jam 5.00pm. Kat Stesen Bas Pekeliling tau aku berhenti. Kalau boleh aku nak naik bas sampai ke Bukit Jalil terus. Tapi masa beli tiket hari tu, Pudu dah buka balik. So, aku lagi selesa turun kat Pekeliling. Alang-alang turun sekali dengan kawan aku seorang ni. Dia memang selalu turun kat Pekelilng ni kalau dia balik KL. So, aku join je la.

Dipendekkan cerita, kat kaunter tiket LRT Star yang aku kene naik pula, dengan penuh yakin;

Aku mintak, "tiket ke KLSentral 1"...
Akak kaunter, "Awak kene turun kat Masjid Jamek dulu"...

Adush! Macam mana la aku boleh lupa yang nak pegi ke KLSentral ni kene turun kat Masjid Jamek pulak. Aduilaaa. Kene gelak dengan member aku pula tu. Malu aku beb. Huhuhu. Tak pe la. At least dapat jugak la aku beli tiket ke KLSentral tu kan. Hehehe. Dalam train LRT Star tu lengang je. Memang selesa la duduk dalam train tu. Hehehe.

Sampai kat Masjid Jamek pulak kene tukar stesen dan juga naik LRT Putra pulak menghala ke KLSentral. Sampai-sampai kat KLSentral, masyaAllah, manusia ramai sangat-sangat. Penuh KLSentral tu. Huhuhu. Aku dapat rasakan yang train KTM yang aku akan naiki tu penuh dengan orang.

Tanggapan aku betul, memang ramai manusia yang sangat padat dalam nya. Macam dalam tin sardin pulak. 3 kali aku terlepas train sebab tak dapat masuk. Aduilaaa... Sangat-sangat berada dalam tekanan. Yela... Solat Asar pub belum lagi. Aku turun dari tempat tiket tu jam 5.30pm. Aku bajet-bajet sempat la sampai ke rumah sebelum jam 7.00pm tu yang aku tak singgah surau kat KLSentral.



Macam mana aku boleh terlepas train kan? Orang ramai sangat-sangat. Sampai ada yang berdiri kat Platform sebelah. Haaaa... Korang bayang kan la. Ramai nya macam mana. Huhuhu.

OK la geng, aku terasa leteh lagi. Nanti sambung lagi ye. Daaaa~~

p/s : Perkhidmatan pengangkutan awam yang paling teruk!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...