Waktu Solat

Monday, June 20, 2011

.:: Kene Buang ::.

Hai semua. Jumpa lagi dalam post terbaru aku ni. Tajuk kali ini, "Kene Buang" atau lebih di kenali dalam bahasa orang putih nya dengan perkataan "Delete".

Apa korang akan rasa la kan, kalau korang-korang semua bila di "Delete" oleh seseorang dalam hidup dia? Korang rasa seronok tak? Aku rasa tak semua yang seronok, walaupun ada segelintir yang seronok kan. Yang seronok tu mestilah ada sebab musabab yang tertentu bukan? Setahu aku kan, ramai je manusia di Malaysia yang tercinta ini ada akaun facebook bukan? Aku pun ada. So, dekat situ la kan, ada tak korang-korang pernah di "Delete" post atau komen-komen yang diberikan? Pernah tak? Apa korang akan rasa ek?


Banyak tak soalan aku? Tu baru sedikit je. Aku bukan apa. Untuk post-post yang selalu aku buat ni, aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku, aku post berdasarkan keadaan persekitaran aku. So...Korang tau kan apa yang nak aku sampaikan. Aku pernah mengalami situasi itu. Memang kecewa, kecik hati, sakit hati. Macam-macam la ada. Tapi itu lah lumrah dunia. Tak semuanya manis.

Aku nak berpesan pada diri ku ini dan semua pembaca-pembaca blog aku. Ingatlah, dunia ini sementara. Dunia ni bulat. Hukum alam selalu kene pada manusia. Bila kita buat kat seseorang macam tu, kita akan kene balik pada masa akan datang (Maybe aku pernah buat macam tu kepada insan-insan di muka bumi Allah ini). Aku memohon sepuluh jari lagi sekali, unutk memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata atau perbuatan aku yang menyakitkan semua. Aku banyak kelemahan. Aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Sama-sama lah kita jaga hati sendiri, hati kawan-kawan yang pernah rapat dengan kita, dan hati semua orang supaya tak tersinggung dengan kata-kata dan perbuatan kita.

p/s : Berfikir dahulu sebelum bertindak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...