Waktu Solat

Friday, June 10, 2011

.:: Oh Nora ::.

Hai!!! Hehehe. Sori again. Memang sengaja tak post new entry. Sebab nya pasal cerita bawah ni...


Gila tak aku nih? Muka Legend, hati Cute beb. Hihihihi. Bawah ni sinopsis dia.

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

.:: Aaron Aziz a.k.a Ahmad Seth Tan ::.

.:: Siti Saleha a.k.a Nora Elena ::.

.:: Zul Ariffin a.k.a Idham (Eid) ::.

Cerita ini ditayang kan setiap hari Isnin sampai Khamis, jam 7.00 malam. Tapi aku tak tonton kat TV. Malas nak pergi kat kafe sana bukak TV. So, conclusion nya, aku pun download la. Hehehe. Sebelum cerita macam ni, aku layan cerita Lagenda Budak Setan. Best gak cerita dia. Semua nya aku download. Hehehe.

Jumpa lagi. Daaaa~~~

p/s : Aku berjaya meracuni pemikiran kawan-kawan aku kat sini yang menyatakan bahawa cerita ini memang terbaik!!! Hahahaha.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...